UNDANG-UNDANG KECIL PERSEKUTUAN BAPA GEREJA PROTESTAN DI SABAH(PCS)
FASAL 01. NAMA
01. Persekutuan ini di kenali dengan nama :-"PERSEKUTUAN BAPA GEREJA PCS" atau dalam
Bahasa Rungus, "UMPUG DIT ONGO AMA GEREJA PCS" Atau dalam Bahasa English,
"FATHER FELLOWSHIP"
02. Menambah nama setempat mengikut kedudukan diperingkat Pusat, Parokhi dan Jemaat
FASAL 02. TEMPAT URUSAN DAN ALAMAT
1. Alamat Surat Menyurat adalah Taman Gereja Protestan di Sabah, Peti Surat No 69, 89057
Kudat. Atau di tempat lain yang akan ditetapkan oleh Jawatan Kuasa Bapa.
FASAL 03. MATLAMAT PENUBUHAN PERSEKUTUAN BAPA GEREJA PCS
01. Mengumpul dan menyatupadukan tenaga Bapa-bapa dalam Gereja PCS
02. Mengujudkan tenaga pelayanan dikalangan Bapa-bapa bagi membantu pelayanan gereja
setempat.
03. Membimbing ahli-ahlinya agar melibatkan diri secara aktif dalam kehidupan Gereja dan
mendidik mereka mengamalkan satu cara hidup yang boleh di teladani menurut ajaran
Alkitab(Efesus 6:4 dan Kolose 3:16-17)
04. Meneguhkan dan menguatkan kerohanian di kalangan Bapa-bapa
05. Mendidik semua ahlinya agar mempertahankan dan mematuhi semua Doktrin dan
peraturan Gereja
06. Menggalakkan kerjasama dikalangan Persekutuan Bapa dalam segala aktiviti gereja
dengan semangat berdikari dari semua aspek yang dianggapkan berfaedah bagi
pertumbuhan kerohanian dan kedewasaan gereja.
07. Membantu Gereja melaksanakan semua keputusan Senoda dan jawatan Kuasa Eksekutif
dan berusaha mencapai visi dan misi Gereja.
08. Menghasilkan pemimpin rohani dikalangan Bapa-bapa.
FASAL 04 KEAHLIAN
i) Kriteria keahlian Persekutuan Bapa adalah seperti berikut:-
01. Warga Negara Malaysia
02. Bergelar Bapa iaitu Berkhawin dan mempunyai keluarga
03. Anggota Kristian yang telah dibaptis dalam nama Allah Bapa, Anak dan Roh Kudus
04. Mempunyai kesihatan Rohani, Mental dan Sosial
ii) Anggota Gereja PCS yang bergelar bapa secara outomatik menjadi ahli Persekutuuan Bapa.
FASAL 05. PEMBERHENTIAN AHLI
01. Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang kecil Persekutuan atau bertindak,
dengan cara mencemarkan nama baik persekutuan. Keahliannya boleh digantung
bagi satu tempoh masa yang difikirkan munasabah oleh Jawatan Kuasa, ahli
tersebut hendaklah diberitahu secara bertulis sebab-sebab pengantungan
sebagai ahli.
02. Mana-mana ahli yang digantung keahliannya diberi peluang untuk memberi penjelasan
dan membela diri.
03, Penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat
tahunan menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan ahli tersebut.
FASAL 06. SUMBER KEWANGAN
Sumber Kewangan Persekutuan Bapa adalah daripada:-
02. Yuran Tahunan RM24.00
03. Sumbangan atau Yuran daripada
i) Jemaat ke Parokhi RM50 setahun
ii) Parokhi ke Pusat RM100.00 setahun
iii) Jemaat ke pusat RM30 setahun
a. Yuran Tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari selewat-lewatnya dalam tempoh
7 hari dari awal setiap tahun.
b. Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih daripada yuran bagi 3 tahun akan dianggap
tidak aktif dan perlu menjelaskan tunggakan untuk tujuan pengaktifan.
.
c. Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh di
laksanakan dengan persetujuan oleh Jawatan Kuasa dan sokongan dari Bapa Bishop atau
Presiden atau Pusat
04. SUMBANGAN:-
Persekutuan ini di benarkan untuk menerima sumbangan dalam bentuk wang dan
barangan dan semua sumbangan yang berbentuk wang hendaklah diistiharkan dengan
jelas dalam penyata tahunan.
05. KEGIATAN EKONOMI
Persekutuan ini boleh menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjual atau mengadakan
majlis makan malam atau lain-lain kegiatan ekonomi yang diputuskan oleh Jawatan
Kuasa.
FASAL 7. PERSIDANGAN TAHUNAN
7.1 Persidangan Tahunan semua perwakilan daripada Parokhi dam Jemaat
7.2 Persidangan Tahunan hendaklah diadakan setiap tahun atau pada bila-bila masa jika perlu
atau jika diarah oleh pengerusi atau permintaan bertulis setengah daripada Jawatan Kuasa
Persekutuan Bapa Pusat, Parokhi dan Jemaat.
7.3 Notis dan agenda persidangan tahunan hendaklah dikirim kepada para perwakilan sekurang-
kurannya 30 hari sebelum tarikh persidangan tersebut.
FASAL 8. KOMPOSISI PERSIDANGAN TAHUNAN
i). PERINGKAT PUSAT
-Perwakilan daripada kalangan Jawatan Kuasa Bapa Pusat
-Jawatan Kuasa disetiap Parokhi
-Bapa yang bergelar Pendeta, Tumpuk dan Ketua Gereja dan telah menjelaskan Yuran Tahunan
- Jawatan kuasa tertinggi Persekutuan Bapa Jemaat iaitu Pengerusi, setiausaha dan bendahari
ii) PERINGKAT PAROKHI
-Perwakilan daripada kalangan Persekutuan Bapa Parokhi
-Bapa yang bergelar Pendeta, Tumpuk dan Ketua Gereja dan telah menjelaskan Yuran Tahunan.
-Jawatab kuasa tertinggi Persekutuan Bapa jemaat iaitu Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari
iii) PERINGKAT JEMAAT
-Semua yang bergelar Bapa, Pendeta, Tumpuk, Ketua Gereja dan telah menjelaskan yuran
Tahunan adalah layak menghadiri serta boleh dipilih menganggotai Jawatan Kuasa
Persekutuan Bapa
FASAL 09. PENGGANTIAN PERWAKILAN
i) Bila seorang perwakilan dari dari Persekutuan Bapa Jemaat tidak dapat hadir ke persidangan tersebut, hendaklah diganti dengan AJK yang lain yang telah menjelaskan yuran pada tahun
semasa dan diberitahu secara bertulis kepada Setiausaha.
ii) Perwakilan pendeta, Tumpuk dan Ketua Gereja tidak boleh diganti.
ii) Sebarang penggantian perwakilan yang lambat diterima tidak akan dilayan
FASAL 10. KUASA EKSEKUTIF PERSIDANGAN TAHUNAN
I) Memilih Jawatan Kuasa apa bila masa pemilihan diadaka.
ii) Mempertimbangkan laporan jawatan kuasa berkenaan aktiviti Persekutuan Bapa yang lalu
iii) Mempertimbangkan laporan Bendahari dan Penyata Kewangan yang telah di odit.
iv) Merumuskan dan membincangkan stratigik masa hadapan Persekutuan Bapa bagi membantu
Gereja ke arah pertumbuhan kerohanian dan ekonomi gereja.
FASAL 11. JAWATAN KUASA
1. Komposisi Jawatan kuasa Persekutuan Bapa terdiri daripada:-
i) Pengerusi (Diundi)
ii) Timbalan Pengerusi (Diundi)
iii) Setiausaha(Diundi)
iv) Timbalan Setiausaha (Diundi)
v) Bendahari dilantik oleh Pengerusi selepas perundingan dengan Jawatan Kuasa.
vi) 10 orang Ahli Biasa dilantik oleh Pengerusi selepas perundingan dengan Jawatan Kuasa
2. Gereja yang keanggotaanya kurang dari 50 orang, boleh membentuk
persekutuan bapa dengan 7 orang ahli jawatan kuasa.
FASAL 12. FUNGSI JAWATAN KUASA
i) Mengatur kerja-kerja harian Persekutuan Bapa
ii) Melaksanakan keputusan Persidangan Tahunan
iii) Menyelesaikan perkara-perkara disiplin dikalangan Bapa
iv) Memeriksa Laporan-Laporan Pentadbiran kewangan, anggaran belanjawan tahunan yang
dikemukakan oleh jawatan kuasa
v) Membantu pusat dan Parokhi melaksanakan keputusan-keputusan sinoda.
vi) Menyelia, mendorong dan menggalakkan pelaksanaan aktiviti-aktiviti persekutuan bapa
dalam gereja disetiap biro atau jabatan
FASAL 13.. KEWAJIBAN-KEWAJIBAN PEGAWAI
A. PENGERUSI - Semasa tempoh menyandang jawatan hendaklah menjadi pengerusi semua
mesyuarat tahunan dan mesyuarat jawatan kuasa dan bertanggung jawab atas kesempurnaan
perjalanan semua mesyuarat, ia mempunyai kuasa pemutus dan hendaklah ia menandatangani
minit mesyuarat bila diluluskan oleh jawatan kuasa.
B. TIMBALAN PENGERUSI - Hendaklah memangku jawatan pengerusi semasa ketiadaannya
.
C. SETIAUSAHA - Hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Persekutuan Bapa mengikut
undang-undang kecil dan hendaklah menjalankan semua perintah atau persidangan
tahunan dan jawatan kuasa. Ia bertanggung jawab keatas semua surat menyurat dan menyimpan
semua rekod dan dokumen Persekutuan Bapa, kecuali buku-buku akaun dan dokumen
kewangan dan ia hendaklah hadir dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat.
D, TIMBALAN SETIAUSAHA - Hendaklah membantu setiausaha menjalankan kerja-kerjanya
dan memangku jawatan setiausaha semasa ketiadaannya.
E. BENDAHARI - Bertanggungjawab berkenaan semua hal ehual kewangan terdiri daripada
Penyata penerimaan dan perbelanjaan serta kunci kira-kira.
F. AHLI JAWATAN KUASA BIASA - Hendaklah membantu jawatan kuasa dalam
menjalankan tugas yang diarah olehnya
FASAL 14. KEWANGAN
i) Bendahari dibenarkan menyimpan wang tunai tidak lebih dari lima ratus(RM500.00) pada sesutu
masa. Wang yang lebih dari itu hendaklah dalam tempoh 7 hari hendaklah dimasukkan kedalam
Akaun Bank Persekutuan Bapa.
ii) Semua Cek atau kenyataan pengeluaran daripada Akaun hendaklah ditandatangani oleh
Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari atau Pengerusi bersama Bendahari atau Setiausaha bersama Bendahari dimana Bendahari adalah penandatangan wajib.
iii) Perbelanjaan yang lebih dari RM1,000.00 bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar tanpa
kelulusan terlebih dahulu oleh Jawatan Kuasa.
iv. Penyata kewangan bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh
Juru Odit yang telah dilantik dibawa pasal 15 undang-undang kecil ini. Penyata kewangan
yang telah diodit hendaklah diedarkan untuk makluman dan dikemukakan kepada ahli-ahli
untuk kelulusan semasa persidangan.
v. Tahun Kewangan Persekutuan ini henndaklah bagi tempoh 12 bulan iaitu bermula pada 01
Januari setiap tahun.
FASAL 15. JURU ODIT
15.1. JURU ODIT LUAR -Dilantik dikalangan bukan ahli persekutuan
15.2. JURU ODIT DALAM - Dilantik dikalangan ahli yang diundi
Tempoh Jawatan Juru Odit adalah 2 tahun.
FASAL 16. TEMPOH PERKHIDMATAN JAWATAN KUASA
Tempoh jawatan kuasa adalah 2 tahun dan boleh dipilih semula
FASAL 17. PENASIHAT/PENAUNG
Melantik orang-orang yang layak menjadi penasihat/penaung persekutuan dengan syarat orang
yang dilantik menyatakan persetujuannya secara bertulis
FASAL 18. PINDAAN UNDANG-UNDANG KECIL
Undang-undang ini tidak boleh dipinda kecuali dengan keputusan Persidangan Tahunan( persetujuan
bersama oleh EXCO PCS Pusat)
Comments
Post a Comment