Sambutan Natal Persekutuan Bapa PCS Pusat Kali pertama Tahun 2023

Koronologi Sambutan Natal kali pertama Persekutuan Bapa-Bapa Gereja PCS
Sambutan Natal ini cetusan idea Bishop PCS Pdt Justin Sansalu, diumukan semasa Sambutan Natal Gabungan Parokhi Sikuati pada 26.11.2023. Sehubungan dengan itu satu mesyuarat pembentukan AJK Penganjur telah diadakan pada 29/11/2023 betempat di Bilik Mesyuarat Pusat dimana Bishop telah memberi kepercayaan kepada AJK Persekutuan Bapa Parokhi Sikuati sebagai penganjur. Pengajur telah mencadangkan sambutan akan diadakan di Dewan Gereja PCS Kampung Tinutudan.

Pada 3/12/2023 satu mesyuarat bersama diantara Penganjur dan Kepimpinan Gereja PCS Kg. Tinutudan telah diadakan di Gereja PCS Kg. Tinutudan dan keputusan mesyuarat telah melantik Pengerusi AJKG Gereja PCS Kg. Tinutudan En. Richard Masiun sebagai Pengerusi Pelaksana.

Sabaran seterusnya dihadapi penganjur ialah bagaimana mengumpul dana untuk membiayai perbelanjaan program. Syukur kepada Tuhan kerana banyak dermawan telah memberikan sumbangan sehingga kos perbelanjaan dapat kami tampung malahan ada lebihan. Ini mengingatkan saya catatan dalam Alkitab setiap kali Tuhan Yesus memberi makan kepada ramai orang bukan saja mencukupi malahan ada lebihanya

Syukur kepada Tuhan Sambutan Natal Persekutuan Bapa Gereja PCS berjaya diadakan pada 16/12/2023 dengan kehadiran 175 orang melibatkan Parokhi Sikuati, Matunggong, Kudat Selatan, Konibungon, Pitas, Beluran dan Kota Kinabalu.


Mesyuarat Pembentukan AJK Penganjur pada 29/11/2023


Mesyuarat AJK Penganjur di Dewan Gereja PCS Kg. Tinutudan pada 3/12/2023


Pemimpin Pujian  Saudara Jonil Mongunjil bersama team pelayanan

Kesaksian lagu gabungan AJK Penganjur dan AJK Pelaksana


Kotbah Sambutan Natal oleh Bishop PCS Pdt Justin Sansalu


Bapa-Bapa yang hadir fokus mendengar Kotbah Natal



Pemimpin Parokhi Sikuati dan Parokhi Matunggomg bersama Bishop


Perwakilan Persekutuan Bapa Jemaat PCS Bonduk bersama En. Mosungkin Ojintan.






Acara cabutan Nama pengunjung bertuah. Hadiah sumbangan AJK Penganjur dan Pelaksana

Comments

  1. Terima kasih... Kopovisahan tadau krismas 2023 om toun vagu 2024.

    ReplyDelete
  2. Kopivosihan Motong. Kinoringan mamarkat dikou songongkob diti toun vagu 2024,

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PERSIDANGAN TAHUNAN KALI KE-2 (OMEGA) TAHUN 2024

UNDANG-UNDANG KECIL PERSEKUTUAN BAPA GEREJA PROTESTAN DI SABAH(PCS)