UCAPAN DASAR PENGERUSI

 T


IMG_20211110_090254 

 

 

UCAPAN DASAR

PENGERUSI PERSEKUTUAN BAPA PCS PUSAT

 

 

 

PENDAHULUAN

Shallom dan salam sejahtera kepada semua perwakilan yang hadir ke Mesyuarat Agung Persekutuan Bapa PCS Pusat kali ke-2 pada hari ini. Kita bersyukur kepada Tuhan kita Yesus Kristus kerana pada hari ini, Persekutuan Bapa PCS Pusat dapat mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-2 Omega bagi Tahun 2024. Mesyuarat Agung Omega tidak melibatkan pemilihan kepimpinan. Bagaimanapun ianya penting untuk memilai prestasi AJK Persekutuan Bapa PCS Pusat selepas ditubuhkan pada 16/12/2023. Mesyuarat Agong ini sangat penting untuk melayakan Persekutuan menghantar 3 orang perwakilan ke Pesidangan Sinoda Umum PCS yang akan diadakan pada 1-3/11/2024.

 

STATUS AJK PERSEKUTUAN BAPA PCS PUSAT

Pada masa ini ada pemimpin Gereja PCS yang beranggapan bahawa AJK Persekutuan Bapa Pusat masih berstatus penaja, meski pada Mesyuarat Agung pertama yang telah diadakan di Dewan Gereja PCS Tinutudan pada 16/12/2023 telah diadakan pemilihan seterusnya melantik 15 AJK dan terus diadakan Doa Pengutusan. Pada Mesyuarat pertama AJK Persekutuan Bapa PCS Pusat yang telah diadakan pada 6/1/2024 bertempat dibilik Mesyuarat Pejabat PCS Pusat telah membincangkan perkara ini dan telah memutuskan berdasarkan kaedah pemilihan semasa AGM pertama bahawa Persekutuan bukan lagi berstatus penaja tapi satu persekutuan yang telah diberi mandat oleh perwakilan dari 7 parokhi yang telah menghantar perwakilan semasa AGM pertama.

 

Perwakilan yang dihormati, status penaja atau sah tidak melemahkan semangat AJK Persekutuan Bapa PCS Pusat untuk berusaha menyelaras agar satu Undang-undang Kecil untuk menetapkan tatacara dan tatakelola pengendalian Persekutuan Bapa di peringkat Pusat, Parokhi dan Jemaat dalam Gereja PCS. Saya berharap isu ini tidak lagi timbul selepas kita mangadakan Mesyuarat Agung kali ke-2 pada hari ini.

 

UNDANG-UNDANG KECIL PERSEKUTUAN BAPA GEREJA PCS

Undang undang kecil Persekutuan Bapa Gereja PCS telah siap dan satu Salinan telah dihantar ke Pusat untuk perakuan. Dengan adanya Undang-undang Kecil ini diharap dapat mempermudahkan penubuhan Persekutuan Bapa disemua 11 Parokhi dan 347 Jemaat dalam Gereja PCS. Undang-Undang Kecil ini penting agar Persekutuan Bapa di semua peringkat dalam Gereja PCS dapat berfungsi secara teratur dan seragam.

 

Matlamat penubuhan Persekutuan Bapa ialah untuk menyatupadukan tenaga kaum bapa untuk membantu pelayanan di setiap Gereja PCS. Sebagai satu platform kesatuan, Bapa-Bapa untuk aktif dalam kehidupan gereja dan kerohanian. Menggalakan dan mendorong Kerjasama dikalangan Bapa-Bapa agar dapat membantu mencapai misi dan visi Gereja PCS serta mempertahankan dokrin dan peraturan Gereja. Penubuhan Persekutuan Bapa juga dapat melahirkan pemimpin  rohani dikalangan bapa-bapa.

 

SUMBER KEWANGAN PERSEKUTUAN BAPA

Persekutuan Bapa PCS Pusat menyedari tanpa kewangan sesuatu persekutuan tidak dapat menjalankan sebarang aktiviti, oleh itu Persekutuan telah menetapkan sumber kewangan dalam situasi menang-menang.

 

1. Sumber kewangan Persekutuan Bapa Jemaat ialah Yuran ahli sebanyak RM2.00 sebulan atau RM24.00 setahun.

2. Sumber kewangan Persekutuan Bapa Parokhi ialah Yuran tahunan sebanyak RM50.00 setiap persekutuan bapa peringkat jenaat dalam Parokhi berkenaan.

3. Sumber kewangan Persekutuan Bapa PCS Pusat ialah Yuran tahunan sebanyak RM100.00 setiap persekutuan bapa parokhi dan RM30.00 setiap persekutuan bapa peringkat jemaat.

 

Persekutuan di semua peringkat juga boleh mengadakan aktiviti untuk menjana kewangan.

 

CABARAN YANG DIHADAPI AJK PERSEKUTUAN BAPA PCS PUSAT

1.Selaku Persekutuan yang baru ditubuhkan semuanya perlu bermula dari kosong.

2.Jarak tempat tinggal AJK yang berjauhan membebankan AJK dari kos minyak kenderaan setiap kali diadakan mesyuarat/aktiviti

3.Sambutan kurang menggalakan kepada surat perkeliling yang dikeluarkan Setiausaha Persekutuan iaitu arahan penubuhan Persekutuan Bapa di 11 Parokhi dan 347 Jenaat di Gereja PCS.

4.Kedudukan Parokhi yang berjauhan terutama Parokhi semenajung Malaysia

 

Perwakilan yang dihormati sekalian, apa pun cabaran yang dihadapi jika kita Bersatu bekerjasama saya yakin dan percaya dengan pertolongan Tuhan kita Yesus Kristus semua ini bukan penghalang memperkasa pelayanan Persekutuan Bapa PCS Pusat..

 

MENJIWAI HATI KRISTUS MEMELIHARA UMATNYA

Tema Gereja kita PCS “Menjiwai Hati Kristus Memelihara umatnya” harus diserapkan dalam kehidupan mahupun pelayanan. Bapa selaku ketua keluarga perlu mencontohi hati kristus iaitu penuh kasih dan tanggungjawab dalam memelihara dan melindungi keluarga masing-masing. Memastikan keperluan rohani dan jasmani setiap ahli keluarga tidak diabaikan dan kasih sayang sama rata kepada semua anak-anak.

 

Bapa-Bapa juga juga harus menjadi teladan kepada ahli keluarga dalam saol Iman dan giat beribadah. Sebagai pemimpin dalam keluarga, gereja dan masyarakat Bapa-Bapa dalam gereja PCS adalah surat kristus yang dicerminkan melalui perbuatan baik.

 

MEMPERKASA PELAYANAN BAPA-BAPA PCS

Bapa-bapa mempunyai tenggung jawab yang besar bukan sahaja untuk keluarga sendiri tapi untuk Gereja kita PCS. Bapa-bapa perlu melibatkan diri secara aktif dalam pelayanan gereja. Bagi memperkasa pelayanan Persekutuan Bapa di semua peringkat maka perlu ada rangkaian perhubungan yang baik untuk memudahkan komunikasi. Sehubungan dengan itu Persekutuan Bapa Pusat telah mengujudkan mybapapcspusat.blogspot.com sebagai saluran penyampaian maklumat secara maya.

 

Pangkalan data juga amat penting dalam dalam keberkesanan pelayanan. Oleh itu Persekutuan Bapa PCS Pusat sedang mengumpul maklumat persekutuan di peringkat Parokhi dan Jemaat.

 

Bagi meningkatkan imeg dan tanda kesatuan Persekutuan Bapa PCS Pusat sedang dalam perundingan untuk menempah Baju T seragam untuk semua bapa-bapa dalam Gereja PCS. Tempahan baju-t nanti akan dihebahkan kepada setiap parokhi dan jemaat.

 

DASAR PELAYANAN PERSEKUTUAN BAPA PCS PUSAT

Dasar Pelayanan Persekutuan Bapa PCS Pusat menjurus kepada penyelarasan Persekutuan Bapa diperingkat Parokhi. Mengalak dan mendorong peningkatan kerohanian dan peningkatan dari segi ekonomi kaum bapa dalam Gereja PCS.

 

MASALAH KEWANGAN PCS PUSAT

Pada masa ini semua anggota Gereja tahu pusat menghadapi masalah kewangan ini berikutuan tidak ada lagi bantuan dari luar dan sumbangan 10% pendapatan dari jemaat tidak memberancangkan. Gaji pekerja tidak dapat dibayar penuh dan berlaku tunggakan yang banyak caruman KWSP. Jika tunggakan ini tidak dapat diselesaikan ada kemungkinan Pendaftaran Gereja kita akan digantung.

 

Perwakilan yang dihormati sekalian, kita tidak mahu ini terjadi. Oleh itu persekutuan Bapa PCS Pusat akan mengusulkan pada Mesyuarat ini agar satu budjet khas bulanan melibatkan 347 gereja di PCS untuk menampung kekurangan kewangan yang dihadapi pusat.

 

SASARAN KERJA 2023-2025

1. Menyelaras Penubuhan Persekutuan Bapa di 11 Parokhi yang ada di Gereja PCS.

2. Penubuhan Persekutuan Bapa mencapai 80% di 347 Jemaat di Gereja PCS.

3. Mengadakan lawatan Ke Parokhi/Jemaat 2 kali dalam setahun

4. Melaksanakan aktiviti untuk meningkatkan kerohanian

5. Melaksanakan aktiviti untuk menjana kewangan

 

 PENUTUP

Sebagai penutup, saya bagi pihak AJK Persekutuan Bapa PCS Pusat, mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Bishop Perasmi AGM ,TPk Jasman Justin Pengerusi tetap dan  Pencatat minit dan khusus kepada  semua AJK Persekutuan Bapa PCS Pusat dan semua perwakilan yang dapat hadir. Selamat Bersidang.

 

MENJIWAI HATI KRISTUS, MEMELIHARA UMATNYA”

 

 

(JEALIN MOZIHIM)

Pengerusi Persekutuan Bapa PCS Pusat

 

Comments

Popular posts from this blog

PERSIDANGAN TAHUNAN KALI KE-2 (OMEGA) TAHUN 2024

UNDANG-UNDANG KECIL PERSEKUTUAN BAPA GEREJA PROTESTAN DI SABAH(PCS)