UCAPAN DASAR PENGERUSI PERSEKUTUAN BAPA PCS PUSAT EV.JEALIN MOZIHIM


 

PENDAHULUAN

 

Salam kasih dalam nama Tuhan kita Yesus Kristus. Selamat datang ke persidangan alfa kali-3, Persekutuan Bapa PCS Pusat kepada semua jemputan, petugas persidangan dan semua perwakilan persekutuan bapa parokhi dan jemaat yang saya hormati sekalian. Kita bersyukur kepada Tuhan kerana berkat dan karunianya, Persekutuan Bapa PCS Pusat berjaya mengadakan Persidangan kali ke-3 pada hari ini. Persidangan Alfa melibatkan pemilihan kepimpinan jawatankuasa. Oleh itu marilah kita membawah perkara ini dalam doa agar siapa sahaja yang dipilih dapat mengemudi Persekutuan Bapa Gereja PCS ke tahap yang lebih baik.

 

Dalam Ucapan Dasar ini, saya ingin menyentuh beberapa perkara untuk perhatian para perwakilan yang dikasihi.

 

1.     MEMPERKASA PELAYANAN PERSEKUTUAN BAPA DALAM GEREJA PCS

 

Matlamat penubuhan persekutuan bapa ialah mengumpul dan menyatupadukan tenaga kaum bapa untuk membantu pelayanan gereja,membimbing kaum bapa agar melibatkan diri secara aktif dalam kehidupan kerohanian serta hidup sesuai ajaran Alkitab(Kolose 3:16-17),mengalakan kerjasama dikalangan bapa-bapa,mendidik bapa-bapa agar mematuhi doktrin dan peraturan Gereja PCS dan membantu gereja melaksanakan keputusan-keputusan Sinode dan EXCO.

 

Sinode PCS ke-40 telah meluluskan pindaan Tata gereja PCS dimana peraturan penubuhan persekutuan bapa peringkat pusat, parokhi dan jemaat telah diperincikan.  Namun sehingga hari ini masih banyak jemaat yang belum menubuhkan persekutuan bapa. Antara halangan utama dalam penubuhan jawatankuasa ialah tidak cukup 15 orang jawatankuasa. Sehubungan dengan itu dalam undang-undang kecil Persekutuan Bapa Gereja PCS telah dimasukkan peruntukan 7 orang AJK boleh membentuk persekutuan bapa jemaat.

 

Dalam usaha memperkasa pelayanan persekutuan bapa dalam gereja PCS adalah penting persekutuan bapa peringkat jemaat, parokhi dan pusat dapat bergerak senagai satu pasukan untuk mencapai visi dan misi gereja. Bapa-bapa perlu pro-aktif menghadiri apa juga program yang dianjurka persekutuan bapa disemua peringkat dalam gereja kita PCS.

 

2.    MENGASIHI UNTUK BERTUMBUH BERSAMA

 

Tema gereja kita PCS,”Mengasihi Untuk Bertumbuh Bersama” bukan hanya satu slogan tetapi adalah dorongan agar anggota gereja saling mengasihi dan saling mendorong agar dapat bertumbuh bersama dari aspek kerohanian dan pembangunan ekonomi. Saya mendorong bapa-bapa agar menerapkan Mengasihi untuk bertumbuh bersama bermula dari keluarga sendiri, sesama orang percaya dan juga dalam masyarakat. Mengasihi harus disertai dengan perbuatan dan dalam kebenaran(1 Yohanis 3:18b)

 

3.    PERSEKUTUAN BAPA JEMAAT DISARAN MELAKSANAKAN AKTIVITI BERDAMPAK PENINGKATAN EKONOMI DISAMPING MENERAPKAN KEHIDUPAN ROHANI.

 

Pada 2/8/2025 saya berkesempatan bersama bapa-bapa dari Parokhi Kudat Selatan.

Seorang anggota Persekutuan Bapa Jemmat PCS Bukit Harapan menyatakan bapa-bapa lebih tertarik kepada aktiviti peningkatan ekonomi daripada aktiviti kerohanian. Belia mengatakan, Persekutan Bapa Jemaat PCS Bukit Harapan telah melaksanakan aktiviti gotong-royong menanam dan membersihkan kebun getah dan mendapat penyertaan yang ramai. Sebelum memulakan kerja gotong-royong mereka bermula dengan doa. Mereka juga bergotong-royong membantu seorang anggota yang kurang bermotivas menanam getah, hasil dari dorongan mereka,orang tersebut berjaya menanam kebunnya seluas 10 ekar dengan getah. Usaha mereka ini adalah contoh bagaimana melaksankan tema gereja kita,”Mengasihi untuk bertumbuh bersama”

 

Persekutuan bapa perlu bijaksana untuk mengadakan aktiviti yang dapat menarik minat penyertaan bapa-bapa dalam masa yang sama dapat menarik minat bapa-bapa datang ke gereja.

 

4.    BAPA-BAPA DISARANKAN MENGAMBIL POLISI INSURAN KEMALANGAN DAN INSURAN KESIHATAN

 

Sering kali kita mendengar anggota gereja kita terlibat dalam kemalangan atau terlantar di hospital kerana menderita sakit keronik. Kos rawatan perubatan adalah sangat mahal,

Oleh itu saya sarankan bapa-bapa selaku ketua keluarga mengambil polisi insuran kemalangan dan insuran rawatan kesihatan di institusi kewangan sebagai awasan dan jaminan kelansungan hidup keluarga kita, sekiranya kita mengalami kemalangan dan hilang upaya kekal atau meninggal akibat kemalangan. Ini juga satu cara kita mengasihi keluarga kita iaitu peduli dengan masa depan mereka. Pada masa ini kesedaran mengambil polisi insuran masih rendah dikalangan anggota gereja kita PCS.

 

5.    PRO DAN KONTRA TATA GEREJA PCS PERKARA 4.6.2(a) PENETUA PERLU MELETAK JAWATAN JIKA MENERIMA PERLANTIKAN PENGAMAL ADAT.

 

Secara peribadi saya berpandangan bukan sahaja dalam gereja malah pemimpin peringkat kampung, kita memerlukan Ketua kampung yang takut akan Tuhan. Pengalaman semasa bertugas sebagai Pemimpin Kemajuan Rakyat suatu masa dahulu, Saya pernah menerima aduan ada beberapa ketua kampung yang meminta wang suap Ketika menandatangani surat sokongan permohonan dari penduduk kampung jagaanya.Saya percaya Ketua kampung yang takut akan Tuhan tidak akan melakukan perkara ini. Peruntukan ini menghalang potensi seorang yang baik. dipilih sebagai penatua kemudian menerima lantikan jawatan ketua kampung harus meletak jawatan penetua. Peruntukan ini perlu dikaji semula kerena gereja akan kehilangan sorang pemimpin yang baik jika perletakan jawatan adalah mandatori. Ini kerana dalam gereja kita PCS ada yang berstatus Pendeta/Tumpuk juga seorang berjawatan ketua kampung.

 

6.    PENGLIBATAN AKTIF BAPA-BAPA DALAM PERSEKUTUAN BAPA GEREJA PCS SEBAGAI TANGGUNGJAWAB PELAYANAN

 

Para perwakilan yang dikasihi, sejak penubuhan Persekutuan Bapa PCS Pusat pada 16/12/2023 Persekutan telah menganjurkan beberapa acara tahunan iaitu sambutan hari bapa/kesyukuran, sambutan krismas dan persidangan tahunan. Kehadiran bapa-bapa dalam setiap program yang dianjurkan kurang memberansangkan.Saya mendorong bapa-bapa agar dapat melibatkan diri secara aktif dalam apa juga program yang dianjurkan sebagai tanggungjawab pelayanan bersama dalam persekutuan bapa gereja PCS.

 

7.PINDAAN UNDANG-UNDANG KECIL PERSEKUTUAN BAPA GEREJA PCS

 

Fasal 16 Undang-undang kecil Persekutan bapa menyatakan tempoh jawatan kuasa  adalah 2 tahun dan boleh dipilih semula.  Sebagai Persekutuan diperingkat pusat ia perlu diselaraskan sebagaimana persekutuan lain diperingkat pusat dimana tempoh jawatankuasa adalah 4 tahun. Sebagai tambahan pada pasal 16 dimasukkan peruntukan bahawa seorang yang dipilih sebagai pengerusi hanya layak memegang jawatan selama 2 penggal sahaja. Perkara ini akan dibentangkan sebagai usul untuk pertimbangan perwakilan sekalian.

 

PENUTUP

 

Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih di atas komitmen kita semua menjayakan Persidangan Alfa kali ke-3 Persekutuan Bapa Gereja PCS Pusat. Tuhan Yesus Memberkati

"  MENGASIHI UNTUK BERTUMBUH BERSAMA"

SELAMAT BERSIDANG

 

 

 

 

 

 

 

 

Comments

Popular posts from this blog

PERSIDANGAN TAHUNAN KALI KE-2 (OMEGA) TAHUN 2024

UNDANG-UNDANG KECIL PERSEKUTUAN BAPA GEREJA PROTESTAN DI SABAH(PCS)